Dari Kalam-NYA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

"Alif Lam Mim. Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yang yakin akan adanya akhirat. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Al-Baqarah 1-5)

Rabu, 13 Jun 2012

DI MANA KITA??

Ibnu Khaldun mengatakan bahawa tamadun berada didalam teori kitaran yg mana sesuatu tamadun (peradaban) itu bertahan sekitar 3 generasi. 
Genarasi Pertama : golongan yang mempunyai smgt juang dan smgt kekitaan yg tinggi.
Generasi Kedua: golongan yg mempunyai keupayaan intelek, ilmu dan kemahiran.
Generasi Ketiga: golongan yg mula lemah, dilingkungi kemewahan, kehilangan adab, akhlak & jati diri yg membawa kepada kemerosotan tamadun.

Melalui 1 ceramah di dalam Persidangan Pengetua2 Sabah 2012 (ini adalah pemahaman sy terhadap ceramah tersebut).
Kita mempunyai 3 generasi iaitu generasi X, Y, Z..
Generasi X: generasi dewasa pertengahan & veteran kini yg mempunyai smgt juang yg tinggi, penuh dgn sopan santun dan disiplin serta mempunyai smgat kemasyarakatan yg tinggi.
Generasi Y: golongan remaja & belia kini, mempunyai intelektual dan kemahiran yg tinggi, kreatif dan inovatif, kebergantungan kepada teknologi, sekolah cuma merupakan satu tmpt utk mempelajari teori dan memberi penekanan disiplin..mula kepada aku-aku & kau-kau..
Generasi Z: golongan seterusnya, yang mana sekolah hanya dianggap gua batu yg menjadi tiada makna..golongan ini belajar dan melakukan smua perkara hanya di depan komputer..tidak kenal siapa org disekeliling mereka (berkemungkinan tidak mengenali ibu bapa dan adik beradik sendiri)..kehidupan hanya di alam maya (dunia benar2 hanya dihujung jari...

Perang dunia 1 & 2...jangkaan perang dunia 3 & 4..
perang dunia 1: perang menggunakan senjata seperti meriam asas, pedang, tombak..
perang dunia 2: perang menggunakan pistol, senapang, bom atom dan bahan2 letupan besar dan sedikit sbyk bom kimia.
perang dunia 3: menggunakan senjata nuklear, bom kimia.. (muka bumi rosak teruk, yang hidup hanya manusia yg berada beberapa kilometer di bawah tanah).
apabila manusia naik ke muka bumi...meraka akan cacat dan bermutasi kerana kesan radiasi yg masih ada.
perang dunia 4: manusia berperang hanya menggunakan gumpalan tanah (tumbuhan dan haiwan habis musnah kerana kesan perang nuklear)....

renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah dimana keberadaan diri dan masyarakat kita....


Credit to my daddy, who always love to share his opinions.



Syai_AyuZY

Khamis, 7 April 2011

Gembira Apabila Redha..

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim...

Tajuk kali nie..Gembira apabila redha...

Ini apa yang ana rasa dan ana ingin kongsikan kepada sesiapa saja yang membaca coretan kali, bahawa betapa gembira, tenang dan damainya hati apabila kita redha...

Menyingkap kepada kejadian atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam hidup kita...pasti bukan semuanya perkara gembira dan pasti bukan semuanya terjadi seperti yang kita inginkan...tetapi apabila kita redha pada satu ketentuan itu, tidak akan terbeban hati kita dan tidak akan berat fikiran kita...

Mengambil jalan positif...set minda yang segala apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..sesukar mana pun perkara itu untuk diterima oleh diri, cuba positifkan diri..sepayah mana pun perkara itu ditanggung oleh diri, cuba positifkan diri...

setiap yang berlaku ada hikmahnya, Dia Maha Perancang. Setiap yang hilang pasti ada penggantinya, Setiap yang terluka pasti ada penawarnya dan setiap yang pahit pasti ada manis diakhirnya,

Anggaplah setiap perkara itu adalah ujian daripada-NYA untuk menguji keimanan dan ketaatan kita kepada-NYA..Dia berhak memberi sesuatu kepada kita kemudian menariknya kembali..Maka bersyukurlah ketika gembira dan bersyukurlah ketika sedih kerana Dia Maha Mengetahui..Mungkin perkara yang telah hilang, musnah atau apa saja bentuk 'penarikan'-Nya adalah perkara yang tidak kita perlukan dan akan memberikan keburukan pada masa akan datang, atau ianya mengajar kita agar lebih sabar dan tabah untuk menghadapi ujian yang mungkin lebih hebat daripada-Nya..Allahu'alam..

Berserahlah diri sepenuhnya kepada-NYA..kerana tiada daya dan upaya kita selain qudrat yang diizinkan dan diberikan-NYA kepada kita..Apabila kita menjaga hubungan kita dengan-NYA, sesungguhnya dia akan menjaga hubungan kita sesama manusia..

Ana tidak hanya ingin berkongsi rasa..tetapi juga ingin memberi peringatan kepada diri ana sendiri dan para saudara serta saudari yang berfikir..

Dunia ini hanya sementara...daripada-NYA kita datang, kepada-Nya kita kembali...Segala yang kita miliki hanya pinjaman cuma, apabila pemiliknya inginkan semua itu kembali, pasti kita harus memulangkannya semula tanpa banyak soal..Kebaikan yang kita perolehi itu adalah Rahmat dan rezeki..manakala keburukan yang kita dapat itu adalah ujian dan kasih sayang-NYa agar kita mampu lebih dekat kepada-NYA..Allahu'alam..

Fatamorgana dunia ini hanya halusinasi, yang mampu menipu dan membutakan kita daripada realiti bahawa segalanya akan kembali kepada Allah.. Bersama kita renungkan dan singkap tabir hati agar cahaya ketenangan mampu singgah didasar kekelaman jiwa..semoga kebahagiaan kita di dunia, mampu dibawa ke destinasi akhirat kelak..sama-sama kita berdoa dan berusaha agar impian itu mampu dicapai..insyaAllah...

Rasa hati ini : Syaidatul Ayu.

Selasa, 5 April 2011

Rahsia Pada wanita Bertudung....

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim...


em..ilham datang sebelum solat maghrib nie...
teringat perbualan kakak-kakak angkatku pada suatu ketika dulu...
(curi dengar sebenarnya perbualan dorang tu...bukan cakap dengan ana pun)

"Muka dia lainkan?" "Ya...Bila pakai tudung lain dengan bila x pakai tudung.".....

Rasanya semua dapat agak yang dimaksudkan dalam perbualan tu...
Tajuk kali nie "Rahsia Pada Wanita Bertudung"....
Pasti dapat teka apa yang nak diceritakan...
ana tidak akan menceritakan tentang apa yang kakak-kakak tu nampak...
tapi ingin ana menyentuh disini tentang hikmah memakai tudung dengan sempurna...

Banyak orang mengatakan tentang kelebihan memakai tudung secara saintifiknya dan pelbagai lagi..
tapi daripada prespektif ana..meski pun kita kena meniatkan memakai tudung ni ikhlas kerana Allah..mengikut apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan larangan-NYA.. memakai tudung mempunyai keunikan tersendiri..

IA MENJADIKAN DIRI MU ITU ADALAH RAHSIA WAHAI AN-NISA'.

berdasarkan perbualan diatas tadi...tidak kamu merasa betapa seorang wanita itu merahsiakan dirinya apabila dia memakai tudung...apatah lagi apabila bertudung dan menutup aurat dengan sempurna...Berbanggalah kepada wanita yang bertudung..kamu adalah rahsia yang tidak ternilai dan sukar untuk disimpan..seringkali wanita diumpamakan sebagai sebutir permata dan dibandingkan dengan sebutir kaca yang sukar untuk dibezakan cahaya dan kilauannya..

Ana pula akan mengatakan seorang wanita bagai sebutir mutiara didasar laut yang tersembunyi didalam kegelapan lautan yang tidak mampu ditembusi oleh cahaya matahari..
tidak siapa yang tau kewujudannya..tiada siapa yang tau bahawa di dalam laut yang gelap gelita itu hadirnya sebutir mutiara yang kilaunya ditutupi oleh cengkerang-cengkerang keras.
Dan tidak akan dinikmati keindahan mutiara itu tanpa tekad dan keberanian yang kuat untuk menyelami lautan dalam beserta dengan risiko kekurangan oksigen, keracunan kerana berlebihan karbon dioksida didalam badan dan pelbagai bahaya lagi kepada penyelam-penyelam kerang hanya untuk memperolehi sebutir mutiara yang berkualiti. Semakin sukar mutiara itu untuk diperolehi, semakin tinggi nilainya. Ini adalah secara amnya tentang sebutir mutiara.

Bagaimana dengan seorang An-Nisa'???

Seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna adalah sama dengan sebutir mutiara disebalik cengkerang keras. Semakin lama ia tertutup didalam cengkerang itu, semakin indah gemerlapannya..namun yang manakah kamu inginkan..mutiara yang sentiasa menjadi bahan tatapan dan perhiasan diluar yang hanya nampak indahnya pada permulaan dan akhir tidak akan dipandang pun...atau mutiara yang tersimpan dibilik kebal dan keindahannya sentiasa cuba dibayangi oleh orang-orang yang menginginkannya dan sering menawarkan harga yang tinggi hanya untuk menatapinya..
Jangan menafikan wahai an-nisa', ada perasaan bangga didalam diri kamu apabila seseorang tidak mengetahui apa-apa tentang dirimu, lalu bertanya kepada orang lain, namun tiada apa yang dia dapati tentang dirimu dan dia terus berusaha untuk mengetahui tentang dirimu..dia tidak berhenti sehingga dia mengetahuinya..setiapkali dia cuba untuk menyelongkar rahsia mu..engkau merasakan betapa berharganya dirimu..dan engkau pula akan sedaya upaya menutup segalanya daripadanya kerana engkau suka perasaan menjadi rahsia dan untuk menguji dirinya, samaada dia akan terus berusaha sehingga berjaya ataupun mengalah dan menjadikan dirimu tetap rahsia kpdnya...

kisah seorang ukhti:
ukhti nie seorang yang berhijrah dari yang sebelumnya kepada yang lebih baik..
dia mengakui bahawa dulu dia tidak jaga adab antara lelaki perempuan, dia tidak jaga suara, tidak jaga pergerakan dan tidak jaga perkara-perkara yang dianggap remeh dalam beragama..namun satu, dia menjaga auratnya..
ana bukan menyokong perbuatannya yang lain..tapi hidayah yang diperolehinya melalui auratnya..
Kisah yang menyebabkan dia berubah..
Ukhti nie join satu program sekolah tapi peringkat kebangsaanlah...
dia sentiasa jaga auratnya, pakai stokin, pakai sarung tangan..tapi dia xkisah berdua dengan lelaki..xkisah berbual rancak dengan lelaki...
satu hari dalam program tu, dia jadi timb.ketua kumpulan dia..hari tu hari jumaat..
para akhie pi solat jumaat dan dia nie diminta simpan barang2 kumpulan yang perlu dibentangkan selepas solat jumaat..
Teka apa?? dia tertidur dibilik hotel dia...then terbangun bila sorang akhie (ketua kump) call dia, ckp yang dia sudah didepan bilik ukhti nie untuk ambil barang2 tadi...dalam keadaan kelam kabut bangun, ukhti nie cuma mencapai sehelai tuala dan menutup kepalanya tanpa memakai sarung tangan sedangkan dia memakai t-shirt lengan pendek..buka pintu dan serahkan barang2 yang diperlukan pada akhie tu...
Apa yang berlaku??? ukhti nie dapat menangkap pandangan akhie tu yang melihat lengannya semasa memberi barang2 tersebut..dengan pandangan yang bagai terpana namun sukar untuk ditafsirkan tapi pandangan itu menyebabkan ukhti tu rasa bagai sedang tidak berpakaian didepan akhie tersebut..sangat-sangat malu dan bagaikan segalanya terdedah di hadapan akhie tersebut..sedangkan yang hanya terpandang oleh akhie itu adalah lengannya..

Lihat para an-nisa', betapa rahsianya kamu apabila kamu menutup aurat..lengan kamu saja mampu membuat para adam terpana...
tetapi jika kamu mendedahkannya, menjadikannya mudah saja untuk dilihat dan ditatapi, tiada sudah yang istimewa pada dirimu..tiada sudah yang rahsia, dan tiada sudah perkara yang ingin diketahui kerana segalanya telah jelas kelihatan..
Manusia suka pada teka teki, Manusia ingin mengetahui perkara-perkara rahsia,
Manusia suka bertanyakan tentang perkara yang mereka tidak nampak dan tidak rasa...
Manusia suka memiliki secara mutlak..Manusia penuh dengan cemburu...

Tutuplah aurat mu, engkau akan menjadi teka-teki,
Tutuplah aurat mu, engkau akan jadi perkara rahsia,
Tutuplah aurat mu, engkau akan jadi bahan pertanyaan,
Tutuplah aurat mu, sesungguhnya engkau milik suamimu,
yang tidak sudi berkongsi dirimu dengan orang lain,
yang cemburu apabila kecantikanmu dinikmati oleh orang lain.

Mungkin coretan kali nie agak serabut...dan tidak difahami..khilaf diri ini..
Namun, yang baik itu daripada Allah, yang buruk itu daripada diri ini...Allahu'alam.

Kongsi rasa : Syaidatul Ayu

Isnin, 4 April 2011

kasih Diri atau bersendiri

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim...

Berkata tentang diri..teman, kawan, sahabat, kekasih mahupun keluarga. Kita selalu ada disamping mereka,begitu juga sebaliknya walau dalam apa pun keadaan. Namun, tidak semua sedar bahawa setiap insan punya waktu bersendirian, dimana saat kita harus menghadapi, menyelesaikan dan menerima sesuatu perkara secara sendirian malahan disaat itu mungkin tidak ada lagi teman, kawan, sahabat, kekasih mahupun keluarga, hanya diri kita yang tinggal sendirian. Ada insan yang kita lihat hidupnya gembira dengan bergantung harap kepada orang yang mengambil berat terhadap mereka tanpa mereka sedari bahawa mereka harus belajar untuk berdikari sendiri sebagaimana hadis riwayat al-Haithami:

Ertinya: Daripada Abdullah bin Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah bergantung kepada manusia walaupun dengan alat pembersih gigi.”

Namun, ada juga insan yang gembira dan senang bersendirian tetapi tidak sedar akan kepentingan teman di dalam hidup. Meskipun kita harus berdikari sendiri tetapi kita harus belajar untuk hidup bersosial kerana orang-orang mukmin ini umpama satu binaan sebagaimana hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Ertinya: Daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya orang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.”


apa pun, ada hikmahnya kita diciptakan hidup dalam bermasyarakat....renung2kan lah...

Rabu, 23 Mac 2011

Hanya Untuk Mu

Janji Setia Ingin Saja Dilaksana,
Adakah Akan Terus Hingga Ke Sana,
Kasih Dan Sayang Terus Membuai Di Jiwa,
Namun Adakah Terus Di Dalam Redha-Nya,
Ataupun Hanyut Dibawa Arus Dunia.

Kini hati ini sedar di mana keberadaannya, entah kemana diri ini telah hilang selama ini. Adakah lama alpa kerana dihanyut dan dibuai nafsu dunia? Hati yang dulu bagai anak kecil tidak mengerti apa yang dilakukan, sentiasa ingin mencuba apa saja yang berada di depan mata. Kini menjadi remaja yang cuba memahami cara kehidupan dunia dan cuba melindungi diri dari tersasar daripada syarak dan syariah.

Hati ini telah belajar banyak perkara, mungkin tuhan menunjukkan kekuasaan-Nya melalui pengalaman. Mengajarku erti kesakitan dalam kehidupan, memberi kekuatan hati meski agar terus bertahan pada sesuatu cabaran. Perkara biasa apabila hanya airmata yang menemani sepi, sering berlaku apabila jeritan hanya mampu didengari oleh hati yang sayu. Semuanya kekadang tidak mampu diluah, semuanya tidak mampu ditunjukkan.

Kini ku mengerti yang diistilahkan oleh seorang ukhti kepada adiknya, "adakah seorang gadis yang solehah akan ber'couple?'." Ayatnya yang benar-benar membuat aku berfikir sejenak, bukan hanya berfikir, tapi untuk menginsafi diri ini.
Meski aku ketahui, apa yang aku lakukan tidak pernah melanggari mana-mana batas agama. Apa yang aku lakukan, sentiasa memikirkan hukum-Nya. Tidak pernah aku biarkan diriku terdedah, tidak pernah aku biarkan diri ini disentuh, tidak pernah aku biarkan diri ini ditatapi mudah tetapi tidak pernah diri ini menyedari setiap langkah itu membawa ke arah kepada kemungkaran-Nya. Keluar beramai-ramai bersama-sama ajnabi dan segalanya aktiviti yang tidak disedari boleh jatuh haram di sisi agama.

Sahabatku sering mengatakan, "Jangan mendekati zina..Jangan mendekati zina." bukan ayat itu mengatakan jgn melakukan zina tetapi jangan MENDEKATI zina. Perkara2 selama ini yang aku lakukan boleh dikatakan mendekati zina tanpa aku sedari. :'(

Hanya Untuk MU tajuk ku kali ini...kamu rasa apa maknanya...

Ingin diri ini menyatakan..Hanya Untuk Mu..insan yang halal dan diciptakan Allah untuk ku...jika ada diluar sana...
hanya untuk mu aku mempersiapkan diri ini..tidak akan mau engkau berkongsi diriku dgn mana-mana ajnabi ku...tidak kira sama ada dari segi perkataanku, pandanganku mesti pn diriku sepenuhnya...

aku akan menjaga diri ini Hanya Untuk Mu demi redha-Nya.

Rabu, 23 Februari 2011

Wahai Al-Mujahidin

LELAKI

Dulu,
Bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami ASADULLAH, SAIFULLAH,
tokoh ramai tak terkira,
kini...
bila disebut lelaki,
wanita menunduk lemah,
tokoh kami sikit sekali,
ramainya, boneka yahudi..

Dulu,
Bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati,
lelaki kami menjaga, melindungi,
kini...
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat, perogol bersiri..

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
kini..
ribuan wanita suci terpenjara,
fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga..

Dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini..
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka luas,
wanitanya dibiar bebas, binasa..

Dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini...
lelaki menggadaikan ketinggian agama,
demi nafsu, dunia dan seisinya..

Dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad, tekun berdakwah,
kini...
lelaki hanya menyanjung sejarah,
diri bermalasan, tenaga tidak dikerah..

Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunnurain mati terbunuh,
kini....
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh..

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini...
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelingkah..

Kembalilah lelaki,
pada kelelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
acuan Madrasah Rasul..

Srikandi,
Damsyik, Syria..
(Petikan Puisi: Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd Noordin)

Puisi nie..agak meningkatkan semangat diri ini..meskipun bukan ditujukan kepada golongan mujahadah..tpi membakar obor semangat utk memikul tanggungjawab seorang muslim kepada muslim yang lain...

Allahu'alam.

Ahad, 23 Januari 2011

Kesalahan ku...Hanya kerana Perasaan..

Assalamualaikum...

Mencari sesuatu yang bagaikan hilang didalam diri.
Pertimbangan...adakah sesuatu yang sukar untuk dilakukan dengan baik..
ya, rasanya itu yang telah berlaku pada diri ini..
kesilapan kata-kata atas pertimbangan yang dilakukan atas dasar hati dan perasaan..
salah faham berlaku apabila orang lain datang dan mengatakan itu ini menyebabkan diri ini merasa sakit hati dan hilang dari nikmat kesabaran buat seketika..
apa yang diri ini telah lakukan.. mengatakan sesuatu perkara pada orang yang salah, pada waktu yang salah dan dalam keadaan diri yang tidak tenang..
apa diri ini telah lakukan.. tidak mempercayai dirinya yang sememangnya dicintai dan tidak pernah sekali pun diri ini meraguinya..
namun, apa yang diri ini lakukan... hanya sepotong ayat dari insan yang tidak langsung dikenali, diri ini hilang keyakinan dengannya, diri ini penuh dengan syak wasangka..
Ya Allah..Bantu hamba mu ini untuk memulihkan keadaan..tiada daya mahu pun upaya diri ini selain bantuan qudrat daripada-Mu ya Allah..
tangan ini telah merosakkannya..izinkanlah dan berikanlah kekuatan kepada tangan ini juga untuk memulihkannya..
hamba mu menangis dihadapan diri ini, agar dapat memulihkan keadaannya..
hamba mu bertanya apa diri ini telah lakukan..
hamba mu yang tidak mengetahui apa-apa telah berikan pengorbanannya atas dijalan-mu..
tetapi apa diri ini telah lakukan..diri ini merosakkannya..
apa yang diri ini lakukan....
Ya Allah.sungguh diri ini mencintainya..namun, cinta-Mu lebih diri ini dambakan.. berikanlah cinta-Mu ya Allah..agar diri ini mampu menunjukkan betapa besarnya cinta-Mu terhadap insan yang memerlukan..
Ya Allah..betapa berdosanya diri ini...dengan kata-kata.. mungkin diri ini telah menyebabkan seseorang berubah akidahnya..ya Allah..betapa berdosanya diri ini..
meskipun tidak terniat malah tidak terfikir pun perkara begini terjadi..
Engkau memberi ujian ini kepada diri ini dan dirinya...Berikanlah juga kami kekuatan untuk menempuhinya ya Allah....