Dari Kalam-NYA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

"Alif Lam Mim. Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yang yakin akan adanya akhirat. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Al-Baqarah 1-5)

Khamis, 30 Disember 2010

Mengenal caranya

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Mencari makna kehidupan. Usia remaja sentiasa menjadi waktu penentu putaran perubahan seseorang kerana ketika inilah para remaja mulai mencari identiti sebenar mereka. Namun adakah dengan cara yang betul atau pun tidak. Orang sentiasa mengatakan bahawa siapa sahabatnya maka itulah dirinya. Penyataan ini mungkin benar dan mungkin juga tidak. Seorang sahabat berkata kepada ku “kadang-kadang ada manusia yang akan terus hidup dalam persekitaran yang menunjukkan siapa dirinya. Tetapi ada juga insan yang mampu menjdi ikan air tawar yang hidup di laut yang masin.” Aku mengambil kira itu sebagai suatu yang nasihat dan pegangan yang sangat bermakna buat ku. Dia bagai menyampaikan bahawa, lupakan masa silam mu, jika ingin berubah, berubahlah tetapi jangan tinggalkan sahabat-sahabat mu yang sentiasa menemani mu suatu ketika dahulu.

Mungkin agak sukar unttuk dimengertikan apa yang ingin aku sampaikan disini, sebenarnya aku berkecil hati dengan seorang teman yang aku amat kenali. “perubahan itu baik, tetapi bukan sebegini drastik.” Satu ungkapan menyatakan perasaan seorang sahabat ku terhadap teman ku itu. Aku sedar, setiap remaja akan mencari identiti mereka, siapa mereka dan apakah yang mereka lakukan selama ini adalah sesuatu yang mereka inginkan.

Seorang remaja yang dulunya menjalankan kehidupan biasa bersama kawan-kawannya. Sifatnya yang dulu amat lembut dalam pertuturan, meski pun ketika marah kerana aku tahu dia seorang yang sangat menjaga hati sahabat-sahabat dan orang di sekelilingnya. Namun kini, semua itu berubah, dia mula bercakap bagai dia tidak pernah mengenali sahabat-sahabatnya. Perubahannya untuk menegakkan agama Allah tidak sekali mendapat pandangan buruk dimata ku, malah menambahkan cintaku terhadapnya sebagai seorang sahabat, tetapi keadaannya yang menegur sahabat-sahabat lama bagai dia tidak mengenali mereka, tidak ada lagi sifat lembutnya, dia amat tegas menyatakan pendiriannya tetapi tidak sedar perbuatannya menyakiti hati orang lain. Tidakkah boleh dia lakukan secara bijaksana, jika ingin berdakwah sekalipun, Islam amat menekankan sifat bijaksana dan berhikmah. Tiada yang akan mengikuti kamu meskipun kamu menyampaikan sesuatu yang amat indah sekalipun jika cara penyampaian itu menyakitkan dan melukai hati insan lain kerana bila diperjuangkan Islam itu secara kasar dan tidak berakhlak bagai hidangan makanan yang enak kepada tetamu tetapi diberi secara dilemparkan.

Apa pun yang berlaku, aku tahu akan keadaannya, kerana sekarang apa yang dilihatnya semua pun salah, semua pun perlu diperbetulkan kerana dia mengetahui kebenarannya dan dia mendapat kejutan itu. Mungkin didalam hatinya kini, “hei, itu salah dari segi agama.” “hei, dosa kalau buat macam tu.” “hei, patut dimarah ini.” “aku nampak benda ni terjadi, aku tak boleh biarkan. Kena tegur ni.” Ya, semua itu akan terlintas didalam fikiran setiap insan yang tahu hukum agama dan ingin menegakkannya tetapi bukan itu kata-kata yang keluar dari mulut mereka kerana seharusnya kata-kata yang lembut sopan, berhikmah dan bijaksana menjadi bunga-bunga kata ketika itu. Sebagai seorang sahabat, pasti kita mengenali sahabat kita, rutinnya, keperibadiannya dan latar belakangnya. Seharusnya menggunakan perkara dan semua pengetahuan itu sebagai pemangkin untuk memudahkan mengajak mereka berubah kepada yang lebih baik, kerana ada sesetengah teman apabila kita tegur mereka akan berkata “ hei, kau dulu pun buat jugakan.” “hei, macam kau tak kenal aku.” Jadi di saat itu, adakah kita berhak untuk marah dan menyatakan kita dah berubah serta menunjukkan “aku nak jadi baik sekarang nie, aku tau apa yang aku dah buat dulu tu salah.” Mungkin diriku pun mungkin tidak akan pandang kamu kalau kamu berkata macam tu sedangkan diriku merupakan sahabat lama kamu. Oleh itu, apakah dakwah yang sepatutnya berlaku disitu???? “PERBUATAN adalah lebih kuat daripada percakapan.” Kau mengenali mereka, kau mengetahui mereka maka janganlah sakiti mereka dengan perkataanmu. Tunjukkanlah mereka yang engkau berubah dengan perbuatan mu kerana sekuat-kuat dakwah itu pada perbuatan, selembut-lembut percakapan itu tidak dapat dibandingkan dengan kelembutan perbuatan mu jika ingin menyampaikan sesuatu. Hal yang sedemikian, timbullah perkara yang menjelaskan perkara tersebut: “ jangan engkau katakan apa yang tidak engkau lakukan.” Manusia tidak akan mengikut apa yang kita katakan tetapi mereka melihat apa yang kita lakukan dan menjadikan sebagai pengajaran serta tarbiah hati. Allahu’alam

Yang baik itu daripada Allah s.w.t. dan yang buruk itu khilaf diri ini sendiri..

Luahan kata : Syaidatul Ayu

2 ulasan:

  1. Awak... Luahan yang bermakna... Buat saya juga sedar dan insaf.. Sebenarnya mungkin awak belum kenal siapa saya.. Saya pun jenis mcm tu... Saya pun adakalanya agak kasar bila berdakwah... Bukan senang nk jadi seorang pendakwah yang bil hikmah.. Apa pun, saya akan terus berusaha.. ;)

    BalasPadam
  2. awak...sma2lah kita saling berpesan-pesan..sy tulis nie pun utk mengingatkan diri sendiri..teguran utk sy gak dan dikongsikan dgn org lain..sbb kdg2 org bukan xble terima apa yg kita smpaikan tetapi dorg xble nk terima cara kita menyampaikan..Allahu'alam..itu cuma pandangan saya.. tegur-tegurlah klu ada yg kurang dan silap ya..

    BalasPadam