Dari Kalam-NYA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

"Alif Lam Mim. Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang telah diturunkan sebelum engkau, dan mereka yang yakin akan adanya akhirat. Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Al-Baqarah 1-5)

Khamis, 7 April 2011

Gembira Apabila Redha..

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim...

Tajuk kali nie..Gembira apabila redha...

Ini apa yang ana rasa dan ana ingin kongsikan kepada sesiapa saja yang membaca coretan kali, bahawa betapa gembira, tenang dan damainya hati apabila kita redha...

Menyingkap kepada kejadian atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam hidup kita...pasti bukan semuanya perkara gembira dan pasti bukan semuanya terjadi seperti yang kita inginkan...tetapi apabila kita redha pada satu ketentuan itu, tidak akan terbeban hati kita dan tidak akan berat fikiran kita...

Mengambil jalan positif...set minda yang segala apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..sesukar mana pun perkara itu untuk diterima oleh diri, cuba positifkan diri..sepayah mana pun perkara itu ditanggung oleh diri, cuba positifkan diri...

setiap yang berlaku ada hikmahnya, Dia Maha Perancang. Setiap yang hilang pasti ada penggantinya, Setiap yang terluka pasti ada penawarnya dan setiap yang pahit pasti ada manis diakhirnya,

Anggaplah setiap perkara itu adalah ujian daripada-NYA untuk menguji keimanan dan ketaatan kita kepada-NYA..Dia berhak memberi sesuatu kepada kita kemudian menariknya kembali..Maka bersyukurlah ketika gembira dan bersyukurlah ketika sedih kerana Dia Maha Mengetahui..Mungkin perkara yang telah hilang, musnah atau apa saja bentuk 'penarikan'-Nya adalah perkara yang tidak kita perlukan dan akan memberikan keburukan pada masa akan datang, atau ianya mengajar kita agar lebih sabar dan tabah untuk menghadapi ujian yang mungkin lebih hebat daripada-Nya..Allahu'alam..

Berserahlah diri sepenuhnya kepada-NYA..kerana tiada daya dan upaya kita selain qudrat yang diizinkan dan diberikan-NYA kepada kita..Apabila kita menjaga hubungan kita dengan-NYA, sesungguhnya dia akan menjaga hubungan kita sesama manusia..

Ana tidak hanya ingin berkongsi rasa..tetapi juga ingin memberi peringatan kepada diri ana sendiri dan para saudara serta saudari yang berfikir..

Dunia ini hanya sementara...daripada-NYA kita datang, kepada-Nya kita kembali...Segala yang kita miliki hanya pinjaman cuma, apabila pemiliknya inginkan semua itu kembali, pasti kita harus memulangkannya semula tanpa banyak soal..Kebaikan yang kita perolehi itu adalah Rahmat dan rezeki..manakala keburukan yang kita dapat itu adalah ujian dan kasih sayang-NYa agar kita mampu lebih dekat kepada-NYA..Allahu'alam..

Fatamorgana dunia ini hanya halusinasi, yang mampu menipu dan membutakan kita daripada realiti bahawa segalanya akan kembali kepada Allah.. Bersama kita renungkan dan singkap tabir hati agar cahaya ketenangan mampu singgah didasar kekelaman jiwa..semoga kebahagiaan kita di dunia, mampu dibawa ke destinasi akhirat kelak..sama-sama kita berdoa dan berusaha agar impian itu mampu dicapai..insyaAllah...

Rasa hati ini : Syaidatul Ayu.

Selasa, 5 April 2011

Rahsia Pada wanita Bertudung....

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim...


em..ilham datang sebelum solat maghrib nie...
teringat perbualan kakak-kakak angkatku pada suatu ketika dulu...
(curi dengar sebenarnya perbualan dorang tu...bukan cakap dengan ana pun)

"Muka dia lainkan?" "Ya...Bila pakai tudung lain dengan bila x pakai tudung.".....

Rasanya semua dapat agak yang dimaksudkan dalam perbualan tu...
Tajuk kali nie "Rahsia Pada Wanita Bertudung"....
Pasti dapat teka apa yang nak diceritakan...
ana tidak akan menceritakan tentang apa yang kakak-kakak tu nampak...
tapi ingin ana menyentuh disini tentang hikmah memakai tudung dengan sempurna...

Banyak orang mengatakan tentang kelebihan memakai tudung secara saintifiknya dan pelbagai lagi..
tapi daripada prespektif ana..meski pun kita kena meniatkan memakai tudung ni ikhlas kerana Allah..mengikut apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan larangan-NYA.. memakai tudung mempunyai keunikan tersendiri..

IA MENJADIKAN DIRI MU ITU ADALAH RAHSIA WAHAI AN-NISA'.

berdasarkan perbualan diatas tadi...tidak kamu merasa betapa seorang wanita itu merahsiakan dirinya apabila dia memakai tudung...apatah lagi apabila bertudung dan menutup aurat dengan sempurna...Berbanggalah kepada wanita yang bertudung..kamu adalah rahsia yang tidak ternilai dan sukar untuk disimpan..seringkali wanita diumpamakan sebagai sebutir permata dan dibandingkan dengan sebutir kaca yang sukar untuk dibezakan cahaya dan kilauannya..

Ana pula akan mengatakan seorang wanita bagai sebutir mutiara didasar laut yang tersembunyi didalam kegelapan lautan yang tidak mampu ditembusi oleh cahaya matahari..
tidak siapa yang tau kewujudannya..tiada siapa yang tau bahawa di dalam laut yang gelap gelita itu hadirnya sebutir mutiara yang kilaunya ditutupi oleh cengkerang-cengkerang keras.
Dan tidak akan dinikmati keindahan mutiara itu tanpa tekad dan keberanian yang kuat untuk menyelami lautan dalam beserta dengan risiko kekurangan oksigen, keracunan kerana berlebihan karbon dioksida didalam badan dan pelbagai bahaya lagi kepada penyelam-penyelam kerang hanya untuk memperolehi sebutir mutiara yang berkualiti. Semakin sukar mutiara itu untuk diperolehi, semakin tinggi nilainya. Ini adalah secara amnya tentang sebutir mutiara.

Bagaimana dengan seorang An-Nisa'???

Seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna adalah sama dengan sebutir mutiara disebalik cengkerang keras. Semakin lama ia tertutup didalam cengkerang itu, semakin indah gemerlapannya..namun yang manakah kamu inginkan..mutiara yang sentiasa menjadi bahan tatapan dan perhiasan diluar yang hanya nampak indahnya pada permulaan dan akhir tidak akan dipandang pun...atau mutiara yang tersimpan dibilik kebal dan keindahannya sentiasa cuba dibayangi oleh orang-orang yang menginginkannya dan sering menawarkan harga yang tinggi hanya untuk menatapinya..
Jangan menafikan wahai an-nisa', ada perasaan bangga didalam diri kamu apabila seseorang tidak mengetahui apa-apa tentang dirimu, lalu bertanya kepada orang lain, namun tiada apa yang dia dapati tentang dirimu dan dia terus berusaha untuk mengetahui tentang dirimu..dia tidak berhenti sehingga dia mengetahuinya..setiapkali dia cuba untuk menyelongkar rahsia mu..engkau merasakan betapa berharganya dirimu..dan engkau pula akan sedaya upaya menutup segalanya daripadanya kerana engkau suka perasaan menjadi rahsia dan untuk menguji dirinya, samaada dia akan terus berusaha sehingga berjaya ataupun mengalah dan menjadikan dirimu tetap rahsia kpdnya...

kisah seorang ukhti:
ukhti nie seorang yang berhijrah dari yang sebelumnya kepada yang lebih baik..
dia mengakui bahawa dulu dia tidak jaga adab antara lelaki perempuan, dia tidak jaga suara, tidak jaga pergerakan dan tidak jaga perkara-perkara yang dianggap remeh dalam beragama..namun satu, dia menjaga auratnya..
ana bukan menyokong perbuatannya yang lain..tapi hidayah yang diperolehinya melalui auratnya..
Kisah yang menyebabkan dia berubah..
Ukhti nie join satu program sekolah tapi peringkat kebangsaanlah...
dia sentiasa jaga auratnya, pakai stokin, pakai sarung tangan..tapi dia xkisah berdua dengan lelaki..xkisah berbual rancak dengan lelaki...
satu hari dalam program tu, dia jadi timb.ketua kumpulan dia..hari tu hari jumaat..
para akhie pi solat jumaat dan dia nie diminta simpan barang2 kumpulan yang perlu dibentangkan selepas solat jumaat..
Teka apa?? dia tertidur dibilik hotel dia...then terbangun bila sorang akhie (ketua kump) call dia, ckp yang dia sudah didepan bilik ukhti nie untuk ambil barang2 tadi...dalam keadaan kelam kabut bangun, ukhti nie cuma mencapai sehelai tuala dan menutup kepalanya tanpa memakai sarung tangan sedangkan dia memakai t-shirt lengan pendek..buka pintu dan serahkan barang2 yang diperlukan pada akhie tu...
Apa yang berlaku??? ukhti nie dapat menangkap pandangan akhie tu yang melihat lengannya semasa memberi barang2 tersebut..dengan pandangan yang bagai terpana namun sukar untuk ditafsirkan tapi pandangan itu menyebabkan ukhti tu rasa bagai sedang tidak berpakaian didepan akhie tersebut..sangat-sangat malu dan bagaikan segalanya terdedah di hadapan akhie tersebut..sedangkan yang hanya terpandang oleh akhie itu adalah lengannya..

Lihat para an-nisa', betapa rahsianya kamu apabila kamu menutup aurat..lengan kamu saja mampu membuat para adam terpana...
tetapi jika kamu mendedahkannya, menjadikannya mudah saja untuk dilihat dan ditatapi, tiada sudah yang istimewa pada dirimu..tiada sudah yang rahsia, dan tiada sudah perkara yang ingin diketahui kerana segalanya telah jelas kelihatan..
Manusia suka pada teka teki, Manusia ingin mengetahui perkara-perkara rahsia,
Manusia suka bertanyakan tentang perkara yang mereka tidak nampak dan tidak rasa...
Manusia suka memiliki secara mutlak..Manusia penuh dengan cemburu...

Tutuplah aurat mu, engkau akan menjadi teka-teki,
Tutuplah aurat mu, engkau akan jadi perkara rahsia,
Tutuplah aurat mu, engkau akan jadi bahan pertanyaan,
Tutuplah aurat mu, sesungguhnya engkau milik suamimu,
yang tidak sudi berkongsi dirimu dengan orang lain,
yang cemburu apabila kecantikanmu dinikmati oleh orang lain.

Mungkin coretan kali nie agak serabut...dan tidak difahami..khilaf diri ini..
Namun, yang baik itu daripada Allah, yang buruk itu daripada diri ini...Allahu'alam.

Kongsi rasa : Syaidatul Ayu

Isnin, 4 April 2011

kasih Diri atau bersendiri

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim...

Berkata tentang diri..teman, kawan, sahabat, kekasih mahupun keluarga. Kita selalu ada disamping mereka,begitu juga sebaliknya walau dalam apa pun keadaan. Namun, tidak semua sedar bahawa setiap insan punya waktu bersendirian, dimana saat kita harus menghadapi, menyelesaikan dan menerima sesuatu perkara secara sendirian malahan disaat itu mungkin tidak ada lagi teman, kawan, sahabat, kekasih mahupun keluarga, hanya diri kita yang tinggal sendirian. Ada insan yang kita lihat hidupnya gembira dengan bergantung harap kepada orang yang mengambil berat terhadap mereka tanpa mereka sedari bahawa mereka harus belajar untuk berdikari sendiri sebagaimana hadis riwayat al-Haithami:

Ertinya: Daripada Abdullah bin Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah bergantung kepada manusia walaupun dengan alat pembersih gigi.”

Namun, ada juga insan yang gembira dan senang bersendirian tetapi tidak sedar akan kepentingan teman di dalam hidup. Meskipun kita harus berdikari sendiri tetapi kita harus belajar untuk hidup bersosial kerana orang-orang mukmin ini umpama satu binaan sebagaimana hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Ertinya: Daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya orang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.”


apa pun, ada hikmahnya kita diciptakan hidup dalam bermasyarakat....renung2kan lah...